Sunday, November 27, 2011

Giveaway by Aida Shafina dan Fasihah Latif

assalamualaikum dan salam sayang stalkers . haaa , usna dapat tagged daripada Adilah . tau ke dea tagged ape ? dea tagged contest untuk usna . contest GA pulak tuu . layak kot usna join contest ni . hee . ape2 je laa . okeyh . tengok banner dea kt bawah nii . cantik kan ? 


klik kat sini kalau nak join contest nih .



so , joinlah ok ! contest ni memang best lah . hadiah hadiahnye pun menarik jugakk . usna minat shawl .. hua2 .. harap2 menang lah k . ok . kat sini usna nak tagged Hidayah dan Ras
korang berdua join contest ni taw :) 
thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Monday, November 21, 2011

This tonight !

assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca :)


ke mana sahabatku sekalian ? usna sunyi laaa . semua tak online . why ? pegi bercutikah ? huhu . ok lah . xpa xpa .  usna rinduu sangat kat kawan usna . Nur Fatin Auni , Nur Fatihah , Nurul Hidayah . rindu hampa . humm , itulah penting kan sebuah ukhwah ? :) ukhwah fillah abadan abada . sayang hampa ;) kat sini ada lagu nak tujukan untuk hampa . tengok kt bawah nii :) 




p/s : kalian dengar taw lagu nih . best ++ . rindu hampa bila dengar lagu ni . ukhwah fillah . sayang hampa . hee , ok . bye . assalamualaikum . 
thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Friday, November 18, 2011

Bingkisan Hati :)


assalamualaikum dan salam sayang to all my readers . 


p/s : kat sini usna nak luah sikit pasal apa yang terpendam dalam hati.. mungkin tak dapat nak diucapkan di bibir . 


Buat setulus rasa cinta dan kasih


umi dan abah . akak mintak maaf sebab tak dapat buat yang terbaik dalam exam ni untuk umi dan abah . sebagaimana yang umi dan abah tahu result akak tu , akak tak kecewa dengan result akak . cuma ada subjek tertentu saja yang perlu dibaiki . i know that umi , abah . akak masih lemah lagi dalam beberapa subjek . tapi harap umi dan abah jangan pressure akak sangat yaa . akak pon perlukan masa untuk terima apa yang akak telah dapat . semua hasil usaha akak kan ? setakat tu je akak mampu buat dan balas jasa umi abah . maybe tak cukup lagi . umi dan abah mesti nak akak dapat full kan ? insyaAllah akak cuba untuk dapatkan apa yang umi dan abah harapkan .  berikan iringan doa untuk anakmu . akak mintak maaf andai perkara ni mengecewakan umi dan abah . minta maaf sangat . insyaAllah akak akan usaha lagi . trima kasih untuk umi sebab banyak bagi dorongan dan sumbangan bila akak berjaya . trima kasih umi :) akak hargai sumbangan umi . akak akan cuba yang terbaik lagi untuk umi dan abah . pasal kelas tu , maybe akak tak de rezeki nak masuk kelas first kot . akak tak kesah ditempatkan di kelas mana pon . yang penting akak dapat belajar dalam keadaan selesa . lastly , thanx for everything and sorry for anything  :)


Buat teman-teman yang sentiasa memahami usna


especially for : nur fatin auni , nur fatihah , nurul hidayah 


di sini , usna nak mintak maaf yaa kat fatin , tehah dan hidayah . usna tau usna banyak buat salah kat mpa . usna mintak maaf ! usna mintak  maaf jugak kalau selama ni usna banyak merajuk , marah tak menentu and so on lah . mpa faham kan usna mcm mna ? usna mintak maaf yaa . untuk fatin , tq sebab banyak sabar dengan kerenah kami , tq jugak sebab banyak  ajar kami dalam pelbagai subjek . thanx jugak bagi hadiah angry birds yang tersangat comel tadi . masheh sayangg ! untuk hidayah , dun give up hidayah . kita ada masa lagi untuk perbaiki result kita . trima kaseh sebab banyak bagi motivasi kat usna . usna jadi kuat bila teman-teman bagi dorongan dan semangat kat usna . usna takkan lupa semangat mpa semua . :) untuk fatihah , tq sebab slalu pujuk kami bila kami merajuk . masheh jugak sebab dengaq masalah kami yang remeh temeh . tq sayang . jasa mpa semua usna tak dapat nak balas dengan hadiah . hanya sekudus doa untuk kalian semua . usna doakan kalian berjaya yaa . belajar betul-betul . tehah , jangan tensyen-tensyen lagi tau . ada masalah apa-apa , bagitau kami . kita contact sama-sama . kita try selesai problem tu ok :) .  usna sayang mpa semua . kawan usna dunia akhirat  :) 


untuk sahabat-sahabat sekelas dengan usna untuk tahun ni


tq sebab banyak bagi tunjuk ajar kat usna . jangan lupa kami tau . kalau selisih tegur-tegur laa kami . jangan wat macam tak kenal lak . huhu . kami sayang mpa . sayang student 2 ali . study elok-elok yaa . doa kat kami bagi dapat number 1 dalam kelas *teeeet* .. faham kan ? huhuk . dan satu lagi , doa kat kami bagi dapat straight A dalam PMR . ook . usna doakan kejayaan mpa semua tau . doa kat usna sama ok . kbai :)
*semua kawan 2 ali*


untuk orang yang rapat dengan usna . 


tq sebab banyak bagi semangat dan dorongan kat usna . i'll appreciate u . masheh :) mintak maaf jugak sebab tak dapat lagi nak teman mpa tiap-tiap hari . ingat tau pesan kami . kami syg hmpa smpai bila-bila :)
















thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Tuesday, November 15, 2011

Today's Awesome !

assalamualaikum semuaa . .


        hmm . lama aih tak happdate . taktau nak post apa . hee . hmm , usna nak kongsi cerita nih dengan semua yang membaca post nih . hari ni , usna pegi sekolah . *dah lama dah xpegi sekolah , hari ni baru pegi , akibat kemalasan yang amat , cuma nak meringankan beban cegu kan , tu saya xpegi . hee :D * haaa  , sudah merapu . continue to the topic . sampai saja di sekolah . kena pegi surau bawa alquran . baca alquran di surau . then , lepas baca , kena dengar taklimat . tup tup .. ustaz haji ahmad cakap hari ni kita nak sembelih ayam . nak makan tengahari . *haha , save duit saya untuk hari ni * lepas dengar taklimat cara nak sembelih binatang . usna faham la jugakk cara-cara nak sembelih haiwan . then , semua pelajar boleh beredar ke tempat penyembelihan ayam . tapi usna tak pegi pon . sebab muslimin je yang ramai . muslimat tak de sorang pon . kami semua balik ke kelas . main lah ape yang nak main . usna main game secret code . ahaaa , best jugak . *habis boring + bosan taktau nak buat apa . hee * amat menguji minda lah game tu . kena ikut logik . tapi . usna tak berapa pandai sangat pon main . asyek silap warna dan tempat je . *xkesah laa , janji boleh main dan tak bosan* lepas main , kami pegi rehat . usna tak keluar rehat pon . nak save duit la katakan sanggup lapar nak tunggu makan tengahari japgi . hehe . usna minum air mineral je . tunggu punya tunggu , nasi masih belum siap lagi . perut dah meragam dah ni . makan lah roti yang Fatin Auni ,  kawan yang paling usna sayangg bagi . masheh fatin ! sayang ampa ketat-ketat tau :') . tup tup . dah pukul 1.15 petang dh . pegi turun solat dengan kawan-kawan . then , baru lah pegi kat dewan . makan nasi . tapi sayangnya kawan usna yang muslimat semua dah balik . tinggal usna dengan Hidayah je . takpe laa , maybe dah takde rezeki kot . usna dengan hidayah makan kat situ . ada jugakk kisah lucu kami kat tepi dewan . ramai orang nak kena beratur . tunggu punya tunggu nak ambil nasi . senduk nasi pun ada satu je . alahai ! bertuah betul kan smkaa ? haha . dah tak sabar dah nak ikut turn punya pasal . hidayah ambil cawan plastik , then hidayah cedok nasi tu dengan cawan  . *ampa semua boleh bayang tak ? haha * kami ( Hidayah + Husna ) lah orang first cipta idea tuu . haha . so , kami boleh makan dulu laa . hee . beratur nak ambil lauk pun macam tu jugakk . ramai manusia . huhu . terpaksa lah ikut giliran . tau menu apa ? nasi putih + ayam masak merah + acar . sedapp menjilat jari . hee . cari tempat duduk , then makan lahh . tunggu apa lagi .. perut pun dah lapar . hee . makan sampai kenyang laa. hee . lepas makan , usna dengan hidayah pegi ambil beg dan choowww ! balik . hee . best lah dari awal pagi hingga pulang bersama sahabat tersayang Nur Fatihah , Nurul Hidayah , Nur Fatin Auni , Ku Nur Zawani .  terima kasih sayang-sayang sekalian . susah senang daku ,  kalian sentiasa bersama ! 


doaku : moga persahabatan kita sentiasa terpahat di hati :)

thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Saturday, November 12, 2011

Sekilas Pelayaran

Hadirnya insan bernama manusia dalam hidup silih berganti. Ada antaranya yang amat diperlukan, amat dihargai. Juga antaranya, tidak dijangkakan.
Apakah maksud kehadiran seorang lelaki dalam hidup seorang wanita? Begitu juga sebaliknya. Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis, telah didatangkan pada kita.
Ya, ujian barangkali. Namun, waktu itu, sukar untuk kita berpijak pada nyata. Lalu ternoda dek arus yang datang pada saat itu. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir, boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata.
Namun, kerana terlalu mda untuk memahami setiap pemberian daripada Allah itu berbeza maksudnya. Lalu terjerumuslah kita ke dalam lembah yang menggelapkan kesucian kita sebagai hamba-Nya. Hamba-Nya yang sebelum ini mendambakan kasih hanya pada-Nya. Hamba-Nya yang sebelum itu sangat menjaga kesucian diri dan maruah diri. Tetapi, tidak lagi selepas itu.
Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza. Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya. Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hamba-hamba-Nya. Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya.
Nikmatnya sangat besar. Sama besar dengan ujian yang didatangi-Nya. Mungkin pemberian-Nya membuatkan kita gembira, bahagia, dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin hanya ujian kedua sama seperti yang pernah berlaku sebelum ini. 
Juga, kebarangkalian itu merupakan suatu balasan pada titik-titik noda yang pernah kita hadapi sebelumnya. Konsep kehidupan. Tidak semudah itu kita bisa merungkaikan apakah maksud sebenar akan sesuatu pemberian daripada Allah.
Mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita. Ia mungkin dilihat dapat membahagiakan jiwa namun sebaliknya, berkemungkinan ia akan memakan sedikit demi sedikit keimanan kita. Pada yang lemah imannya, terus dibuai lena dek kemanisan itu. Tanpa sedikit pun memikirkan kepahitan yang bakal menjelma.
Benarlah;
"Kepahitan itu perit untuk diterjemahkan, namun sekurang-kurangnya kita akan menemui jalan kebaikan setelahnya. Namun, kemanisan itu sangat asyik di pelayaran, sedikit pun kita tidak terfikir ia bakal mengundang kehancuran setelahnya."
Justeru? Apa yang perlu kita lakukan? Semestinya kita perlu muhasabah diri, setiap yang berlaku itu perlu dirujuk semula kepada Allah. Bukan terus saja diambil mentah-mentah dalam hidup kita. Berhati-hati itu lebih baik dari terburu-buru. Namun kita hanya insan biasa. Kadang terlupakan-Nya. Begitulah bak bait-bait lagu Opick dalam ritma iramanya;
"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada-Mu."
Itulah yang perlu kita terapkan setiap kali kita terlupa akan-Nya. Dia sentiasa bersama kita. Dia lah yang menghidupkan pancaindera kita. Dia yang menguji kita. Dia juga yang membahagiakan kita. Dia yang membuat kita senyum. Dia yang membuat kita menangis.
Itulah tanda kebesaran-Nya. Bisakah kita bahagia tanpa rahmat daripada-Nya? Apa jua bentuk kebahagiaan yang kita peroleh, samada dari material atau rohaniah, semuanya datang daripada-Nya.
Bermuhasabahlah yang akan membawa kita lebih dekat dengan-Nya. Bisakah kita senyum tanpa kebenaran daripada-Nya? Dia sangat kasih pada kita. Cuma kita yang merasa jauh daripada-Nya dan tidak yakin akan kasih sayang-Nya.
Mohon lah disayangi-Nya. Mohonlah dicintai-Nya. Itu sudah cukup untuk membuat kita bahagia. Hati yang terikat pada manusia, tidak akan kekal lama. Malah, lebih banyak keperitan yang dihadapi.
Sedangkan, apabila terikatnya hati kita kepada-Nya, betapa tenangnya jiwa. Betapa indah segala musibah yang menimpa setelah kita diterangi mata hati dengan hikmah-Nya. Musibah itu diberi-Nya dengan pelbagai cara dan rupa. Namun, semuanya adalah untuk kebaikan kita.
Musibahlah yang akan memberi pengajaran dalam hidup kita. Dengan musibah kita akan mula mengenal kehidupan dunia. Setiap dari kita akan ditimpa musibah. Mungkin berlainan rupa namun pengajarannya tetap sama. Agar kita lebih matang, lebih mengenali pencipta kita. Indah bukan? Keindahan hati,  ketenangan hati, keikhlasan hati, itu yang perlu dicari.
InsyaAllah.. jika niat kita suci, ikhlas semata-mata kerana-Nya, Dia akan permudahkan jalan hidup kita. Dia akan tunjukkan jalan untuk kita. Kita hanya perlu meminta dan berusaha untuk mendapatkannya. Jalan yang diredhai-Nya. Jalan yang akan membuat kita bahagia.
"Ya Allah, sungguh dengan mengingati kebesaran-Mu, hati ini lebih tenang, terima kasih Allah. Sayangilah aku, cintailah aku, seperti mana Kau menyayangi umat-umat Mu yang terdahulu sebelumku.. amin.."

thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Warkah Ibunda

Wahai anakku, warkah ini ku hulurkan untukmu agar kau mengerti satu perkara yang aku amat menyanyangimu. Sejak dikau masih dalam kandunganku , aku sentiasa setia mengendongmu kemana jua aku berada. Sembilan bulan itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat.
Ketika aku semakin sarat aku bermohon kepada tuhan di permudahkanlah segala urusanku. Apabila saat kau dilahirkan, aku dapat menatap wajahmu kemerahan yang masih suci dalam fitrah menangis tidak mengerti. Kau tercipta ke dunia untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.
Sungguh berat tanggungjawabmu itu. Tatkala itu hatiku berbunga mekar keriangan. Pada hari itu aku sudah bergelar seorang ibu. Ibu mana tidak bahagia melihat anaknya yang suci itu merengek meminta simpati. Hauskan belaian seorang ibu.
Pabila aku memelukmu dengan penuh kehangatan curahan kasih sayang, kau berhenti menangis. Malahan kau tertidur nyenyak dalam belaianku. Alangkah bahagianya hatiku ketika itu. Dengan susu dari badanku ini juga kau telah membesar dengan pantas. Dari merangkak kau mula bertatih berjalan, tanpa disedari kau sudah boleh berlari.
Ketika usia mu lima tahun aku menyikat rambutmu kemas, aku menggosok bajumu, aku menyediakan sarapanmu. Kerana hari ini adalah hari pertama kau bersekolah. Teringat lagi waktu itu kau mengangis enggan ke sekolah. Akhirnya dengan belaian lembut dan pujukanku membuatmu  tega untuk hadir kesekolah jua.
Setiap kali pulang dari sekolah, sudah tentu kau akan berceloteh. Aku sangat suka mendengar ceritamu. Kaulah menjadi hiburan kepadaku tatkala hatiku bersedih. Kaulah yang membuatku terus gagah bekerja di luar batasanku. Kau jugalah yang membuatku terus gagah menghadapi segala mehnah. Kau sungguh bijaksana anakku. Sentiasa berusaha untuk berjaya. Aku kagum dengan usahamu.
Biarpun sesekali kau nakal namun aku tetap menyanyangimu. Maafkan aku anakku jika ibumu ini ada terkasar bahasa denganmu dahulu, ada terguris hatimu yang sehingga kini masih berbekas. Aku tidak berniat menyakitimu. Namun itulah hati seorang ibu, mahu melihat anaknya berjaya. Mahu melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Tidak pernah di hatiku merasa benci ketika aku menasihatimu. Cuma niatku hanyalah untuk mendidikmu menjadi insan yang sempurna. Sekali lagi ibumu ini ingin meminta maaf kepadamu.
Aku rasa masa belalu begitu pantas. Kau kini sudah menjadi seorang jejaka yang gagah dan kacak seperti bapamu. Aku pula semakin hari semakin tidak berdaya. Jika dulu kulitku licin namun hari ini kedutan mula memenuhi. Jika dulu aku pantas bekerja kini aku lemah tak berdaya. Usiaku kini sudah diambang senja.
Ayahmu pula sudah lama menyahut seruan ilahi. Kini tinggallah aku sendiri bersama lautan memori. Kau pula sudah menjadi orang hebat di kota. Aku sanggat berbangga menjadi ibumu. Dikaca-kaca televisyen dan muka-muka akhbar sering memperkatakan tentangmu. Ketika aku melihat wajahmu hatiku bercampur baur gembira dan sedih bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.
Wahai anakku yang disayangi apabila aku sudah tua, aku harap kau memahami dan sabar ketika bersama aku. Andainya nanti aku terpecahkan mangkuk mahal belianmu atau tertumpahkan sup di atas meja harapnya kau tidak akan memarahi aku. Orang tua hatinya sensitif. Hatinya mudah terguris apabila dimarahi. Ingat lagi tidak dahulu kau pernah pecahkan mangkuk kesayanganku namun aku tidak pernah memarahi mu kerana aku tahu kau tidak sengaja.
Wahai anakku , andai ketika itu telinga aku sudah mula tidak kedengaran dan aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba kau ungkapkan, harapnya kau tidak memanggilku"pekak!". Kau ulang semulalah kata-katamu itu atau kau tuliskannya di atas kertas agar aku dapat membacanya.
Wahai anakku maafkan ibumu ini kerna menyusahkanmu, ibumu ini semakin tua dan tidak berdaya. Apabila lutut dan sendiku sudah tidak bermaya, harapnya kau sabar membantu aku bertatih, andai aku jatuh bangunkanlah aku kembali. Ingat lagi tidak waktu kecil-kecilmu anakku, kau mula belajar berjalan, baru beberapa langkah kau sudah tersungkur, kau menangis sekuat-kuatnya, siapa lagi kalau bukan aku ibumu yang memujukmu dan melatih mu berjalan dengan tegap.
Wahai anakku apabila aku mula bertanya soalan yang sama berkulang kali kepadamu seperti pita rakaman, janganlah kamu marah kepadaku. Masih kah kau ingat ketika kau melihat burung yang hinggap di dahan pokok kau bertanya kepadaku apakah nama burung itu berulang kali biarpun aku sudah menjawabnya berulang-ulang kali. Namun aku tidak pernah marah kepadamu kerana waktu itu kau mahu belajar sesuatu.
Wahai anakku tahanlah jua bau badanku yang hamis ini, di kala usia ini aku berasa sangat sejuk untuk mandi dan sejuk itu tidak baik untuk kesihatanku. Harapnya kau tidak memaksaku. Janganlah kau merasa jijik mencium wajah ibumu ini walaupun wajahku tidak secantik dulu. Kini kulitku penuh dengan seribu kedutan. Biar sebusuk mana ibumu ini, inilah satu-satunya ibumu di dunia ini. Kau tidak dapat menggantikannya dengan yang lain.
Wahai anakku jika kau ada masa terluang harapnya kita dapat berborak bersama, bercerita seperti kau pulang sekolah dahulu. Biarpun dalam waktu yang singkat. Aku amat menantinya. Kini aku bersa sunyi tanpa teman bercerita. Hanya kepada kaulah anakku ingin aku luahkan perasaanku yang terbuku ini. Aku tahu kau sangat sibuk dengan kerjamu. Adakah kau masih ingat ketika kau bercerita tentang sekolahmu dan rakan-rakanmu aku sentiasa menjadi pendengar yang setia .
Wahai anakku jika satu masa nanti aku sudah terdampar di katilku tanpa mampu bergerak kemana-mana, harapnya kau mengambil berat tentangku. Janganlah malu menjaga ibumu ini , belailah aku seperti mana aku membelaimu di kala kau masih kecil.
Sisirlah rambut seperti mana aku pernah menyisir rambutmu. Pada waktu itu aku sangat mengharapkan bantuanmu.Aku minta maaf andai aku terkencing diatas katil sehingga menyebabkan rumahmu menjadi busuk. Aku harap kau sabar dalam menjaga ku ketika saat-saat akhir nyawaku ini.Hidupku ini sudah tidak lama lagi. Tunggu masa malaikat akan mencabut nyawaku.
Ketika itu aku sangat-sangat berharap kau berada di sisi ku. Mengajarkan di telingaku kalimah tauhid. La ilahaillallah, Genggam eratlah tanganku agar aku kuat mengahadapi saat kematian.
Wahai anakku aku amat menyayangimu. Maka janganlah sesekali kau lupakan ibumu yang semakin tua ini.
"Syurga Itu Sesungguhnya Terletak Di Bawah Telapak Kaki Seorang Ibu. Hargailah Mereka.."


thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Monday, November 7, 2011

Aidiladha time !

Salam sayang semua ! 

eh , dah bersawang rasanya blog usna . sebok dengan persiapan raya . so , tak sempatlah nk meng’update’ blog kesayangan nih . Sory ya ! haaa , macam mana dengan raya aidiladha yang lepas ? best tak ? pengalaman usna , aidiladha kali ini lah paling best . mana tak bestnya semua sepupu , sedara mara balik umah tok . *terbaik lah* ..  pagi raya lagi , usna dah bangun awal *lewatlah jugak , dalam pukul 6.30 pagi* .. haha . bajet awal :P* nak pegi sembahyang raya aidiladha nih . then , nak ziarah kubur arwah datuk . lepas selesai urusan di rumah Allah , usna cepat-cepat balik rumah . nak tengok orang sembelih lembu *pegi tengok kejap je , then tolong-tolong mak dalam rumah*   bila tiba raya haji ni , usna terkenangkan kisah Nabi Ibrahim zaman nabi dahulu . sedih + tak sampai hati . tapi best kan ? kerana kisah itu , Nabi Ibrahim dapat masuk syurga . insan terpilih , alhamdulillah . *bikin ustazah plak . haha* petang tu , family adakan kenduri untuk jiran-jiran . makan bihun sup . haah . sedapp .. lewat petang pulak , pegi jalan-jalan dengan sepupu .  *best laaa* .. humm .. sudah laa , tak larat nak type dah . haha . okeh , babai , assalamualaikum dan takecare  :)




mud : rindu kawan-kawan kat sekolah .. a.k.a fatihah, hidayah , fatin auni :)

thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Thursday, November 3, 2011

sanah helwah adek anum .. fatehah , sabar ya !

assalamualaikum kepada sesiapa yang baca post nih .. :)

pertama sekali , i'm wishing to my little sister , adek anum .. sanah helwah sayang . moga hidup adik sentiasa indah dan bahagia di samping keluarga tercinta . akak sayangg adik tau . moga panjang umur dan murah rezeki . sory sayang , hadiah xde . hee . tapi ummi dah hadiahkan adik pizza ngan cake untuk wish dengan kawan-kawan adik . haaa , akak wakil sekali laa k. hee :P waah, siap mandi kolam lagi , best je akak tengok gamba adik dan kengkawan . *waaa . jeles kot :P * 

sayang adek anum . happy birthday ! 

okeyh . yang kedua , buat sahabat sayangku , fatehah . 
sabar ya sayangg . ingat ! semua tu dugaan dan cabaran . tehah kena kuat ok . be strong dear ! :)  usna sayang tehah . kalau tehah ada problem tehah kongsi laa dengan usna k . usna   kekadang kesian jugak tengok tehah tension semacam je . try slowtalk dengan dea . tapi usna rasa , dea takkan paham apa yang tehah rasa . wuu . *dramatis plak . hee *
sayang tehah , jangan nanges-nanges lagi .. smile always :) 

you are one of my bff .. iloveusomuch . 




thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)

Ouch , ponteng di bengkel !

Assalamualaikum semua, ouch .. agak best tittle post kali nih .. 


   Hari ni sekolah seperti biasa *xbelajar pon :P* .. tepat jam 8.50 pagi memandangkan waktu itu waktu Kemahiran Hidup , usna dan kawan-kawan turun lah ke bengkel , *kononnya semangat nak dapat result kot. haha :D* .. then , sampai di bengkel kh tu , cikgu kh cakap , ok .. boleh wat kerja sendiri .. *haah ,apa lagi meloncat lah* .. 

then , kami semua pon mula la buat group dengan kawan-kawan .. tau apa yang kami buat ?.. sembang , nak berhibur lah konon-kononnya *cikgu bagi chance kan? time ni laaa . nk sembang pon .. haha * pastu , usna keluar dengan tehah nak balik kelas ambik kertas kokurikulum yang tertinggal , tiba-tiba semua pelajar form 2 masuk dewan form three dengar ceramah ..*argghh..yang ni yang malas sangat ni* tau apa yang kami buat ?  lari laaa, pegi menyembang kat bilik kh dengan kawan-kawan .. *malas punye pasal nak dengar ceramah* .. cikgu pon dah bagi kebenaran kan untuk duduk dalam bengkel .. so, di situlah kami semua melarikan diri .. *kaki ponteng jugak kan kami semua nih? haha :P* lama jugak laa , kami menyembang .. 

pastu ada kawan-kawan lelaki 2 ali lalu di bengkel .. depa bagitau yang ceramah dah habes .. haah , time tu baru nak balik kelas dengan tebal muka tanpa rasa diri ni bersalah .. *xmalu kot .. haha :P * best laa dapat menyembang dengan kawan-kawan . *maklumlaa,first time ponteng kan ? haha * terbaiklah kami semua ni kan ? haha .. 

haaa , setakat ni saje untok post kali nih . nati kalau ade apa-apa yang menarik , usna post lagi k . okeh. babai dan assalamualaikum . :)

tagged : kengkawan yang join memonteng :P

thanks for the eyes look . terima kasih membaca :)